Friday, May 16, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kreativiti pereka dalam menzahirkan perabot berkualiti

    MILAN – Pereka perabot telah mengongsikan beberapa makna dan kisah serta inspirasi di sebalik hasil karya yang mereka tampilkan sewaktu Pameran Rekaan Perabot Milan yang dianjurkan baru-baru ini.

    Memang wujud kebenaran bahawa rekaan klasik dan mewah itu berupaya untuk kekal lama dan dapat diwarisi merentasi banyak generasi.

    Hakikatnya, tumpuan sebenar tetap diberikan pada aspek bahan pembuatan yang digunakan, kemahiran pekerja dan juga faktor sekeliling.

    Malah terdapat juga rekaan perabot menarik yang turut dihasilkan daripada bahan kitar semula.

    Sesetengah pereka juga turut mengambil kira terhadap beberapa faktor tertentu seperti aspek ruangan, menghindarkan pencemaran dan merujuk kepada penggunaan tenaga serta kemahiran manusia dalam rekaan sesebuah perabot tersebut.

    Perabot rekaan Bottega Veneta yang kelihatan sangat mewah dan eksklusif. – AP

    “Inovasi sosial setentunya diperlukan dalam menghasilkan sesebuah reka bentuk dan ia juga secara tidak langsung turut meningkatkan nilai sesuatu barangan itu,” jelas Carlo Ratti, seorang arkitek yang telah bertanggungjawab dalam menghasilkan rekaan kristal berkonsepkan empat musim di Gereja Duomo, Milan.

    Ratti turut menjalankan projek penyelidikan MIT yang berperanan dalam meneroka teknologi dan reka bentuk terbaharu di kebanyakan bandar raya.

    Antara rekaan menarik yang berjaya dihasilkan adalah seperti alat pemanas yang berupaya untuk menurunkan suhu cuaca sejuk khususnya dalam memberikan kesan dingin.

    Nilai tersendiri

    Pasangan adik-beradik, Ronan and Erwan Bouroullec telah menghasilkan beberapa rekaan perabot dengan ungkapan nilai tersendiri berdasarkan inspirasi daripada bandaraya Casina.

    Mereka telah menghasilkan sebuah kerusi diperbuat daripada asas aluminium dan bahan kayu pada kawasan tempat duduk dan sandaran dinamakan sebagai 139 Cotone Legno.

    Rekaan kerusi tersebut kelihatan cukup elegan dengan penambahan bahan aluminium dan kayu hitam yang cukup elegan itu.

    “Suasana bandaraya Casina memiliki makna tersendiri bagi saya, seni rekaan bandaraya Itali tersebut jelas kelihatan dilakukan dengan cukup teliti, terperinci dan boleh dikatakan sebagai salah satu yang terbaik di Eropah. Justeru, keindahannya wajar untuk terus dipelihara,” jelas Erwan Bouroullec.

    Mereka juga turut menghasilkan rekaan kerusi plastik yang menampilkan konsep ringkas dikenali sebagai Elementaire untuk salah sebuah syarikat di Denmark.

    “Kerusi tersebut adalah umpama seperti seluar jean dan baju-T yang sering menjadi gaya harian ringkas. Walaupun kita sering memilih pakaian tertentu untuk digayakan pada acara istimewa namun kita tetap memerlukan sesuatu yang ringkas, mudah dan selesa sebagai kegunaan harian seperti kerusi plastik ini,” jelas Erwan.

    Ketahanan sesuatu produk juga sangat dititik beratkan, sesuatu perabot yang tetap berupaya untuk kekal walaupun melangkaui masa itu dianggap sebagai sesuatu yang bernilai kerana seseorang individu itu boleh bosan melihatnya namun tidak dapat untuk membinasakannya.

    Di samping itu, adik beradik tersebut turut menghasilkan rekaan kaca Venetian mengikut ruang sesebuah kawasan sekali gus berpotensi untuk menampilkan gaya menarik dan tersendiri.

    Beberapa rekaan perabot dan hiasan ruang pada pameran di Milan menarik perhatian pengunjung. – AP
    Bahan elastometrik-polyster yang digunakan pada rekaan Marc Newson dapat memberikan sentuhan keceriaan ketika duduk di atas permukaannya. – AP
    Rekaan kerusi yang dinamakan sebagai Feltri hasil rekaan Gaetano Pesce turut ditampilkan dalam Pameran Rekaan Perabot di Milan. – AP

    Lambang reputasi syarikat

    “Salah sebuah rekaan kerusi aluminium hasil rekaan Marc Newson sangat unik kerana ia adalah ibarat gabungan papan luncur dengan trampolin,” jelas Pengarah Reka bentuk jenama, Benjamin Pardo.

    Kerusi cantilevered yang turut memiliki jejaring itu kelihatan seperti terapung di atas dasar tiub melengkung.

    Sementara bahan elastometrik-polyster yang digunakan pula dapat memberikan sentuhan keceriaan ketika duduk di atas permukaannya.

    Hakikatnya, rekaan tersebut kelihatan cukup ringkas merangkumi tiga elemen menarik seperti rangka besi diperbuat daripada aluminium yang dikitar semula, fabrik dan kaca.

    “Ketiga-tiga rekaan itu telah digabungkan dengan penuh teliti untuk menzahirkan sesuatu perabot yang sangat menarik,” jelas Newson.

    Kerusi sampingan tersebut yang sesuai untuk digunakan di rumah mahupun pejabat itu didatangkan dengan tiga variasi warna berbeza bagi memastikan ia bersesuaian dengan konsep ruangan yang berbeza.

    Walaupun rekaan kerusi tersebut kelihatan ringkas namun ia tetap dapat memperlihatkan kualiti syarikat Knoll terutama dari aspek teknikal.

    “Rekaan kerusi ini jelas dapat memperlihatkan reputasi Knoll dan ia juga dianggap sebagai satu produk yang dilakukan dengan cukup terperinci,” jelas Newson.

    Cabar kemahiran diri

    HEM, salah sebuah syarikat reka bentuk perabot dari Sweden pula lebih selesa untuk menerima pesanan daripada pelanggan terutama dari Amerika Syarikat.

    Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Petrus Palmer menjelaskan bahawa mereka tetap berhasrat untuk menghasilkan rekaan perabot mewah hanya melalui pesanan dan tidak memerlukan sebarang kedai di mana ia secara tidak langsung turut berupaya untuk menawarkan barangan pada harga menarik.

    Pereka fesyen dari Austria, Arthur Arbesser telah menghasilkan variasi selimut dengan corak geometerik dalam pelbagai warna seperti hijau gelap, merah jambu dan sebagainya diinspirasikan daripada tempat asalnya, Vienna.

    “Apa yang cuba ditonjolkan dalam rekaan ini adalah sebuah lokasi yang cukup dekat di hati kita yang secara tidak langsung setentunya akan dapat memberikan rasa keselesaan,” jelas Arbesser.

    Werner Aisslinger menjelaskan bahawa pereka harus sentiasa kreatif dan berinovasi dalam menghasilkan sesebuah rekaan bagi mengelakkan rasa bosan dalam kalangan pelanggan. – AP
    Erwan Bouroullec menjelaskan rekaan perabot yang ringkas dan selesa memang sering menjadi pilihan pelanggan. – AP
    Rockwell menekankan bahawa sesebuah rekaan itu bukan sahaja seharusnya menarik bahkan turut dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. – AP

    Kebanyakan pereka terus berani mencabar diri dalam menghasilkan pelbagai rekaan menarik dan bersesuaian dengan trend semasa.

    Ermenegildo Zegna telah menghasilkan varisasi rekaan mewah sesuai dengan jiwa maskulin seperti bola, meja dan selipar yang diperbuat daripada bahan kulit.

    Bottega Veneta pula terus kreatif dalam melakukan eksperimen terutama dengan menerapkan aspek sinonim dengan jenama itu iaitu ‘jalinan intrecciato’ pada rekaan kerusi, chandelier tembaga dan meja yang diperbuat daripada bahan marmar berwarna hitam dan putih.

    Mesra alam

    Pereka Jerman, Werner Aisslinger sentiasa berusaha untuk terus berinovasi dan lari daripada menerapkan konsep segi empat tepat pada rekaan perabot yang dihasilkannya di bawah jenama, Dedon.

    “Sudah tiba masanya untuk menghasilkan sesebuah rekaan segar, mesra alam dan berbeza bagi menghilangkan rasa bosan di kalangan para pelanggan. Kerusi Le Corbusier ini merupakan salah satu contoh terbaik,” jelas Aisslinger.

    Kerangka meja dan kerusi bulat yang dihasilkan oleh Aisslinger itu diperbuat daripada aluminium dengan penuh teliti dan dilaksanakan dengan kerjasama bersama seorang pereka dari Filipina yang cukup berkemahiran dalam tenunan rotan tradisi.

    Tenunan tersebut memang dilakukan secara cukup terperinci dan jalinan berjalur yang ditonjolkan secara tidak langsung turut dapat mewujudkan kesan yang sangat menarik.

    Rekaan kerusi itu dilengkapi dengan ciri penyesuaian cuaca yang sesuai dengan keadaan pantai dan resort di kawasan pergunungan.

    “Dedon tetap mengutamakan ciri mesra alam sekitar sewaktu menghasilkan sesebuah rekaan perabot tersebut,” jelas Aisslinger.

    Lambang perpaduan

    David Rockwell, salah seorang arkitek telah menerapkan antidot teknologi tinggi pada rekaan perabot.

    Rekaan perabot tersebut berbentuk bujur, berwarna hitam dan putih sekali gus melambangkan sesebuah rekaan yang sangat sofistikated dan selesa.

    “Ruang makan sering menjadi satu ruangan yang mengeratkan perpaduan di antara masyarakat dan ia jelas wajar untuk dititik beratkan. Pengalaman berada di ruangan ini bukan sahaja indah dirakamkan melalui lensa kamera bahkan turut meninggalkan kenangan yang cukup menarik,” jelas Rockwell.

    Rockwell menjelaskan bahawa adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang pereka untuk menzahirkan sesebuah rekaan yang bukan sahaja menarik bahkan juga turut dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/