Friday, May 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kreativiti pertukangan kayu

    Oleh Nurdiyanah R.

    Siapa sangka, bermula hanya sekadar hobi, minat dalam dunia pertukangan kayu sejak di bangku sekolah lagi telah menjadikan insan yang bersemangat tinggi ini menceburi dunia keusahawanan sepenuhnya sehingga mampu menjana pendapatan bulanan yang memberangsangkan.

    Pastinya tidak semua individu mampu menghasilkan pelbagai set perabot perhiasan unik dan cantik tanpa adanya kesabaran yang tinggi, ilmu dan teknik yang tepat.

    Namun resipinya mudah. Minat, nekad untuk melakukan sesuatu serta melakukannya dengan bersungguh-sungguh merupakan resipi asas dalam menceburi bidang seni kreatif pertukangan kayu

    “Sememangnya terdetiknya hati untuk menerokai dunia seni kreatif dalam pertukangan kayu ini terlahir di minda apabila melihat suasana salah sebuah restoran di luar negara yang memiliki keunikan perabot-perabot yang begitu vintaj dan klasik.”

    “Bermula pada saat itu, saya mencuba untuk menghasilkan sebuah perabot daripada kayu palet iaitu sebuah meja serba guna untuk keperluan ibunda tercinta menjalankan tempahan kuih sapit.

    Awang Hafeez selaku pengasas salah sebuah perusahaan pertukangan kayu tanah air yang dikenali dengan nama Kapintar semasa ditemui Media Permata, baru-baru ini.
    Antara koleksi perabot yang telah dihasilkan oleh Awang Hafeez yang semestinya memiliki keunikan dan keistimewaan yang tersendiri serta menepati cita rasa para pelanggan beliau.

    “Sehingga ia mendapat respons yang amat menggalakkan serta tidak disangka-sangka daripada orang ramai untuk menempah perabot seumpama itu setelah memuatkannya dalam aplikasi Instagram peribadi saya.

    “Itulah kenangan pertama saya melibatkan diri dengan seni pertukangan kayu dan sekali gus menceburi dunia keusahawanan sepenuhnya sehingga ke hari ini,” itulah antara kata-kata yang disampaikan oleh Awang Mohd Hafizuddin bin Mudim Haji Amran selaku pengasas salah sebuah perusahaan pertukangan kayu tanah air yang dikenali dengan nama Kapintar.

    Memberi nafas baharu

    Usahawan tempatan yang lebih dikenali sebagai Awang Hafeez menjelaskan bahawa semua perabot yang direka secara ditempah khas berasaskan pelbagai jenis kayu seperti kayu palet yang kebanyakannya diperolehi dari sisa-sisa kayu palet yang dibuang dan tidak digunakan lagi demi memberikan nafas baru seakan–akan hidup semula dan mampu memberi manfaat sehingga boleh digunakan oleh seseorang seperti katil, meja, almari, pelaminan, dulang kayu hantaran dan sebagainya.

    Selain itu, beliau yang turut memanfaatkan penggunaan rangkaian media sosial melalui Instagram dan Facebook dengan di bawah nama Kapintar.bn serta WhatsApp dalam menjalankan urus niaga secara rasminya sejak tahun 2017 ini turut menyatakan selain daripada menggunakan bahan asas daripada kayu palet, beliau juga memilih kayu-kayu lain seperti kayu meranti, general wood, papas lapis, formica dan sebagainya untuk menghasilkan koleksi perabot untuk para pelanggannya.

    “Apa yang penting bagi saya ialah kepuasan pelanggan itu adalah keutamaan saya sebelum menetapkan harga-harga tertentu yang mana segala pemilihan jenis kayu, saiz rekaan dan juga perkhidmatan yang diinginkan adalah bertakluk sepenuhnya kepada cita rasa mereka sepenuhnya seperti industrial look, burn look, glossy look dan matt finish serta membantu para pelanggan menyerikan lagi suasana rumah, restoran, butik dan sebagainya dengan keunikan pelbagai perabot mengikut konsep-konsep tertentu seperti vintaj, klasik dan juga elegan,” ujarnya dengan nada penuh keyakinan.

    Menimba ilmu melalui YouTube

    Awang Hafeez yang menjalankan perniagaan secara home-based menyatakan beliau sememangnya memanfaatkan aplikasi YouTube sepenuhnya demi memantapkan teknik pembuatan pelbagai perabot, tip dan panduan mengenai pengetahuan asas dalam pertukangan kayu.

    “Meskipun suatu ketika dahulu, rezeki tidak menyebelahi saya untuk meneruskan pengajian ke peringkat vokasional dan teknikal dalam bidang pertukangan kayu, namun itu bukanlah sesuatu yang menghalang saya untuk mencapai cita-cita saya untuk menjadi salah seorang usahawan dalam pertukangan kayu bahkan semuanya menjadi mudah dengan adanya rangkaian media sosial YouTube di mana kita dapat mempelajari segala ilmu dan teknik asas pembuatan pelbagai jenis perabot pada bila-bila masa,” tambahnya lagi yang turut mendalami ilmu pertukangan kayu dengan berkongsi pandangan dan pengalaman berharga bersama rakan-rakan yang mempunyai kemahiran yang serupa.

    Bermodalkan ‘Zero Budget’

    Dalam pada itu, Awang Hafeez juga turut mengimbas kembali kenangan pertama kali menceburi dunia keusahawanan dalam pertukangan kayu ini sememangnya beliau tidak mempunyai modal langsung bahkan beliau hanya memiliki barang perkakas kelengkapan yang asas seperti tukul, gergaji, drill dan jigsaw yang diberikan oleh ayah beliau.

    Manakala bahan-bahan kayu palet pula kebanyakannya diperolehinya secara percuma daripada insan-insan yang mengenali beliau.

    “Meskipun pelbagai cabaran telah dihadapi dalam menerokai dunia keusahawanan ini, namun saya amat bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana penerimaan masyarakat di negara ini amat menggalakkan dari hari ke hari.

    “Semua ini juga berkat dorongan dan sokongan daripada insan-insan tersayang, isteri dan ahli keluarga serta bimbingan dari rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus. Merekalah antara pencetus pencapaian saya sehingga ke hari ini,” ucap beliau yang memerlukan jangka masa dalam seminggu hingga dua minggu untuk menyiapkan barangan tempahan setiap pelanggan beliau dengan penuh kegembiraan.

    Bukan hanya menghasilkan perabot

    Di atas permintaan orang ramai di negara ini, Awang Hafeez yang kini berusia 29 tahun ini juga merancang untuk memperluaskan lagi seni pertukangan kayu syarikatnya dengan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti mengubah suai perabot yang rosak, dan menawarkan rental service bagi barang-barang perkahwinan seperti pelaminan, petak bergambar, dulang hantaran dan sebagainya.

    Selain itu, beliau bersama kakitangan syarikat juga semakin giat menyediakan perkhidmatan dekorasi berasaskan kayu pallet bagi majlis-majlis tertentu antaranya Sambutan Hari Jadi, ulang tahun perkahwinan, perhimpunan keluarga, Hari Raya dan sebagainya. Antara yang disediakan ialah set meja makan yang beraneka bentuk dan pelbagai saiz, food decoration, pallet backdrop, vintage lighting, dan sebagainya.

    Sentiasa berusaha dan berdoa

    Dalam pada itu, Awang Hafeez yang berjiwa positif ini juga turut menyarankan kepada para belia dan beliawanis negara agar sentiasa berusaha langkah demi langkah untuk menerokai kebolehan tanpa mengenal penat dan lelah.

    “Apa yang penting, setiap usaha yang kita laksanakan itu perlu diiringi dengan doa dan amal ibadat demi untuk meraih keberkatan daripada Allah SWT. Bersama-samalah kita menjadi belia yang Syumul, belia yang mampu berdikari sendiri tanpa mengharap bantuan daripada pihak kerajaan dan juga menjadi belia yang produktif dan mampu mencari sumber pendapatan dengan menjalani apa jua bidang keusahawanan.”

    “Tanamlah dalam hati dan jiwa kita masing-masing untuk bergerak maju ke hadapan agar kita dapat menjadi belia yang mampu mengubah negara yang kita cintai ini ke arah yang lebih baik di mata negara dan antarabangsa. Bersama kita menjayakan Wawasan Brunei 2035,” itulah antara kata-kata yang disampaikan oleh Awang Hafeez semasa mengakhiri sesi temu bual bersama wartawan Media Permata, baru-baru ini dengan penuh harapan yang besar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/