SYDNEY, 14 JAN – Pemain nombor empat dunia, Barbora Krejcikova berjaya menyelamatkan tujuh mata untuk memenangi set penentuan menentang Anett Kontaveit dan mara ke pusingan akhir Sydney Classic, hari ini.
Juara Terbuka Perancis itu beraksi dengan lebih berhati-hati selepas tewas di pusingan pertama dalam pertemuan dengan pemain ranking ketujuh Estonia, namun kembali fokus untuk memenangi perlawanan penentuan set ketiga.
Ia mungkin menjadi perlawanan sukar diramal dalam pertemuan berkualiti tinggi daripada dua pemain yang paling meningkat tahun lalu, yang menandakan mereka akan menjadi ancaman besar di Terbuka Australia minggu depan.
Tetapi akhirnya Krejcikova yang memenangi 0-6, 6-4, 7-6 (14/12) selepas dua jam dan tiga puluh minit dalam mata perlawanan kelimanya, selepas menyelamatkan tujuh, untuk menghalang Kontaveit daripada berterusan mara ke pusingan akhir keempatnya.
Dia akan bermain menentang sama ada pemain ranking ke-26 dari Rusia, Daria Kasatkina atau pemain nombor sembilan dunia Sepanyol, Paula Badosa di perlawanan penentuan pada Sabtu. – AFP