Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Krejcikova sasar harapan tinggi bertemu Azarenka

    MELBOUNRE, 21 JAN – Juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova berkata pesaingnya sepatutnya takut selepas dia berjaya kembali dengan kemenangan menentang Jelena Ostapenko hari ini di Terbuka Australia.

    Pemain pilihan keempat dari Republik Czech adalah salah seorang pemain yang menonjol tahun lalu, memenangi tiga gelaran ketika kedudukan rankingnya melonjak ke ke tangga keempat ketika ini.

    Dia menaruh harapan tinggi menjelang pembukaan Grand Slam tahun ini, tetapi dia menghadapi masalah dengan kekalahan 2-6, 1-3 di tangan pemenang Roland Garros 2017, sebelum bangkit untuk merangkul kemenangan di Rod Laver Arena dengan keputusan 2-6, 6-4, 6-4.

    Ia telah membuat pertembungan pusingan keempat menjadi menarik dengan juara dua kali Terbuka Australia, Victoria Azarenka, berjaya menewaskan Elina Svitolina dengan hanya dua perlawanan.

    “Saya berharap mereka merasa takut kepada saya,” kata Krejcikova yang berusia 26 tahun.

    “Tetapi, saya merasakan bilik lokar yang kami ada mempunyai suasana yang penuh dengan hormat, setiap pemain. Saya berharap mereka meliaht saya sebagai lawan yang tidak mahu bermain menentang,” tambahnya.

    Krejcikova berjaya menewaskan Ostapenko tahun lalu di Dubai, kejuaraan yang benar-benar melonjakkan kedudukannya perseorangan, tetapi pemain pilihan ke-26 dari Latvia itu bermula dengan baik di Melbourne, mendapat mata awal untuk mendahului 4-1 pada hari yang panas terik itu.

    Dia mengatasi pemain Republik Czech dengan kemenangan dan kesilapan yang lebih sedikit untuk menguasai set pertama, serta meneliti perlawanan selepas mengecewakan Krejcikova pada set kedua untuk mendahului 3-1.

    Tetapi pemain Republik Czech itu berjaya bangkit untuk membawa perlawanan ke peringkat penentuan, di mana peratusan servis pertamanya bertambah baik dan jumlah kesilapan berkurangan, mematahkan semangat Ostapenko untuk mencipta kemenangan. – AFP

    Reaksi Barbora Krejcikova meraikan kejayaan selepas menewaskan Jelena Ostapenko dalam perlawanan pusingan ketiga mereka pada kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, 21 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...