MOSCOW, 30 JUN – Kremlin masih membisu mengenai keberadaan timbalan ketua staf tentera Rusia Jeneral Sergei Surovikin, lapor agensi berita Jerman (dpa) semalam.
Keberadaan Surovikin adalah urusan Kementerian Pertahanan, menurut jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada agensi berita Rusia Interfax, berikutan laporan bahawa jeneral itu telah ditangkap.
Kremlin menolak laporan New York Times yang mendakwa Surovikin mengetahui tentang pemberontakan Wagner terlebih dahulu.
Peskov pada Rabu berkata laporan media Amerika Syarikat itu bahawa Surovikin dikatakan telah mengetahui lebih awal mengenai rancangan pemberontakan pengasas pasukan upahan Wagner Yevgeny Prigozhin.
Ditanya sama ada Presiden Rusia Vladimir Putin masih mempercayai Surovikin, Peskov berkata ketua Kremlin, sebagai ketua komander, bekerjasama dengan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu dan Panglima Tertinggi Valery Gerasimov. – Bernama
