Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kren tumbang ragut lima jiwa

    BANGKOK, 16 MAC – Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan di ibu negara Thailand kelmarin, mengorbankan empat orang, kata polis, ketika penyelamat berusaha untuk mendapatkan mayat kelima daripada serpihan tersebut.

    Kemalangan itu berlaku kelmarin di jalan Rama II, lebuh raya utama yang menghubungkan Bangkok ke selatan negara itu.

    Pekerja penyelamat Thailand bekerja di tempat kejadian selepas jalan bertingkat yang sedang dibina runtuh di Bangkok, Thailand 15 Mac. – AP

    Empat pekerja binaan maut di tapak kejadian, di mana sebuah tol sedang dalam pembinaan, dan berpuluh-puluh cedera, kata polis. “Kami telah menemui empat mayat, tetapi seorang masih terperangkap dalam serpihan,” kata pegawai kanan polis, Sayam Boonsom, kepada pemberita di tempat kejadian, sambil menambah yang kelima dianggap mati.

    Antara empat orang yang terbunuh, tiga merupakan warga Thailand, katanya.

    Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca runtuhan, tambah Sayam.

    Seorang saksi berkata kepada saluran tempatan, Thairath TV, dia mendengar dua dentuman kuat sebelum melihat kren itu jatuh.

    “Pekerja sedang menuang simen ketika ia berlaku,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda