TAWAU, 29 Jun – Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri menghidupkan semula sistem perniagaan tukar barang (barter trade) khususnya antara Tawau, Malaysia dan Indonesia.
Konsulnya, Sulistijo Djati Ismojo berkata perkara itu akan memberi manfaat sosial dan ekonomi kepada penduduk di kedua-dua negara. “Sebelum ini (barter trade ditutup) aktiviti perdagangan menurun dan diharap selepas ini ekonomi Tawau dan Tarakan dapat meningkat,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri KRI Tawau di sini. – Bernama