Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    KRI Tawau sedia kemudahan e-paspor

    TAWAU, 29 SEPT – Konsulat Republik Indonesia (KRI) mengeluarkan pasport elektronik atau dikenali sebagai e-paspor, bagi keperluan warganegara republik berkenaan yang berada di luar negara, terutamanya di Tawau.

    Ketua Perwakilan KRI Tawau, Aris Heru Utomo berkata pasport elektronik ini, memiliki cip yang menyimpan data biometrik keselamatan pemilik termasuk bentuk wajah serta cap jari dan dokumen diri itu, boleh diimbas seperti penggunaan kad debit.

    “Pengeluaran pasport elektronik ini merupakan komitmen KRI Tawau bagi meningkatkan khidmat kepada warganegara Indonesia yang berada di Tawau, termasuk yang melakukan perjalanan antara negara secara berkala. Warganegara Indonesia boleh menghubungi KRI Tawau mulai Isnin ini bagi memohon pasport elektronik, selain pasport biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pasport elektronik, hari ini. Beliau berkata ketika ini terdapat lebih 170,000 warganegara Indonesia yang berada di Tawau dan daerah sekitar. 

    Sementara itu, Aris berkata perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan Timur akan memberi kesan positif bukan hanya wilayah di Kalimantan tetapi juga Tawau yang bersempadan darat dengan Kalimantan Utara.

    “Banyak kesamaan yang dapat menjadi modal dasar kuat untuk membangunkan hubungan antara Indonesia dan Malaysia, khususnya di Tawau dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama ekonomi dan perdagangan perbatasan.

    “Indonesia membangunkan Pos Lintas Batas Negara (PLBN) di Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik, Kabupaten Nunukan yang akan menjadi pintu gerbang ekonomi di kawasan laut sempadan kedua-dua negara,” katanya. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda