Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krim perlindungan kurangkan risiko masalah kulit

    BAGI wanita yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari adalah suatu kemestian yang disapu setiap hari.

    Ia mampu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari yang berbahaya sekali gus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit. Terdapat pelbagai jenis krim perlindungan cahaya matahari yang berada di pasaran dengan jumlah SPF yang berbeza bergantung kepada jenis kulit dan aktviti yang anda lakukan.

    Kita juga perlulah mengetahui krim perlindungan cahaya matahari yang sesuai dengan kulit anda.

    Tips memilih krim perlindungan cahaya matahari Apakah SPF?

    SPF adalah singkatan untuk Sun Protection Factor. Kita perlu memakai krim perlindungan cahaya matahari setiap hari kerana lapisan atmosfera yang semakin menipis.

    Sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari adalah suatu kemestian yang disapu setiap hari. Ia mampu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit. – Gambar hiasan

    Kenapa perlu lindungi kulit anda dari pancaran terik matahari?

    Ini kerana kulit akan semakin menipis dan ia dapat mencegah risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.

    Produk-produk krim perlindungan cahaya matahari pada masa ini mempunyai spF 15, spf 30, spf 50.

    Spf adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

    Contoh pengiraannya :

    1. Sebagai contoh spf 15. Anda perlu tolak satu dari nilai spf itu. Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93. Jadi, 93 peratus daripada krim perlindungan cahaya matahari itu dapat melindungi kulit kita dari sinaran Ultra Violet (UV). Jika spf 30, 96 peratus.

    2. Setiap warna kulit adalah berbeza pertahanannya terhadap sinaran UV. Bagi mereka yang berkulit putih, biasanya ia hanya dapat bertahan 10 minit. Kulit kuning langsat pula bertahan 15 minit. Manakala kulit sawo matang, 20 minit. Semakin gelap warna kulit, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

    Contoh kiraan: Bagi mereka yang berkulit putih, jika dia menggunakan spf15, maka krim perlindungan cahaya matahari itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan. Bagi kulit sawo matang, 15×20=300 minit.

    Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih krim perlindungan cahaya matahari adalah ia perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV A dan B. UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lainnya.

    UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn ).

    Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?

    PA itu adalah kiraan untuk UVA. ‘+++’ bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu krim perlindungan cahaya matahari. Jika sesuatu krim perlindungan cahaya matahari itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

    Bagi mereka yang tidak terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari empat jam), penggunaan spf15 sudah memadai. Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Jika anda berkulit sangat putih, anda perlulah menggunakan spf50.

    Perbezaan spf adalah cuma pada jangka masanya sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama.

    Oleh itu tidak perlulah menggunakan spf yang terlalu tinggi. Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu. Bagi mereka yang melakukan aktiviti di dalam air, mereka perlu menyapu krim perlindungan cahaya matahari secara kerap kerana ianya akan hilang selepas terkena air.

    Kesimpulan:

    1. Spf mestilah sesuai dengan jenis kulit dan aktiviti anda.

    2. Mempunyai UVA dan UVB.

    3. Minumlah air kosong secukupnya setiap hari bagi mengekalkan keanjalan kulit anda. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda