Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kripto pencetus krisis kewangan global

    MUMBAI, 21 DIS – Gabenor Bank Pusat India memberi amaran hari ini bahawa pasaran mata wang kripto akan mencetuskan krisis kewangan global akan datang, berkata kejatuhan FTX baru-baru ini merupakan bukti ‘risiko yang wujud dalam sektor tersebut.’

    Komen itu merujuk kepada tahun yang mencabar untuk jutaan pemilik kripto India, yang telah pun terkesan daripada kejatuhan pasaran global dan cukai domestik yang tinggi.

    “Tidak seperti mana-mana produk lain, kebimbangan kami mengenai kripto adalah ia tidak mempunyai sebarang nilai asas,” kata Gabenor Bank Rizab India, Shaktikanta Das pada satu acara industri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda