Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kris Shen tak malu jual ayam di pasar

    Status sebagai seorang selebriti popular kelahiran Taiwan tidak pernah membuatkan pelakon Kris Shen malu memulakan perniagaan menjual ayam di pasar.

    Bukan sahaja menjadi ‘tauke’, malah Kris sendiri yang menguruskan perniagaan tersebut termasuk memotong dan menjual kepada pelanggan.

    Kata Kris, 32, dia menceberui bidang baharu ini sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan selain dunia lakonan.

    Malah baginya apabila usia semakin meningkat, dia merasakan perlu bijak mengambil peluang tanpa hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.

    “Saya semakin matang sekarang dan sudah tiba masanya untuk teruskan hidup dengan cara yang saya mahukan.

    Kris akui perniagaan yang diceburi memberikan keuntungan lumayan. – mStar

    “Saya bukanlah lahir dalam keluarga yang berada. Jika keluarga kaya, tidak mungkin saya mula bekerja seawal usia 10 tahun,” katanya memetik laporan mStar.

    Kris berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

    Tambahnya lagi dia juga menulis perkara tersebut bagi menjawab spekulasi kononnya melalui fasa hidup susah dan sudah tidak popular.

    Kris sebelum ini juga pernah menjalankan beberapa perniagaan lain bagi menampung kehidupan hari terutama sejak dunia dilanda wabak COVID-19.

    Perniagaan menjual bahan mentah itu diusahakan bersama kekasihnya. Dia memilih perniagaan itu kerana sedar sumber makanan seperti ayam sentiasa mendapat permintaan ramai. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda