Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisdayanti dikecam suap cucu air kopi

    Penyanyi Krisdayanti (gambar) mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet apabila bintang tersohor Indonesia itu memberikan minuman kopi kepada cucunya, Ameena Hanna Nur Atta yang baru berusia 11 bulan.

    Penyanyi lagu Menghitung Hari itu dilihat menyuapkan minuman berkenaan menggunakan sudu kepada Ameena sewaktu dia sedang mendukung cucunya tersebut.

    Krisdayanti turut meluahkan rasa teruja kerana Ameena sudah semakin membesar dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 22 Februari ini.

    “Selamat pagi, selamat masuk bulannya Ameena ya. Sebentar lagi sudah besar dan boleh kejar Gemmi (panggilan kepada Kris). Ya Allah ketagih kopi macam Gemmi.

    “Semoga nanti Ameena membesar dapat menyenangkan hati semua yang menyayangi dan mendoakan Ameena,” katanya.

    Kris berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir peminat yang tidak senang melihat tindakan penyanyi itu menyuapkan kopi kepada cucunya kerana beranggapan tidak baik untuk kesihatan anak damit.

    “Anak umur setahun belum boleh diberi minum kopi. Lagi pula ditiup-tiup begitu pun tak boleh. Tumbesaran anak tidak sama seperti orang dewasa. Tubuh mereka memerlukan waktu lebih lama untuk menyerap kafein.

    “Ameena belum umur setahun jangan diberi minum kopi. Tanya doktor anak damit tidak boleh minum untuk kesihatan, apa lagi kopi panas yang ditiup langsung daripada mulut. Tak bagus,” tulis warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda