Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti mengumumkan pertukaran nama pentasnya yang sebelum ini dieja Krisdayanti (rapat) menjadi Kris Dayanti (berasingan). Pelantun lagu Aku Wanita Biasa ini berkata, ejaan Kris Dayanti ialah nama asalnya sebelum diubah menjadi Krisdayanti kerana dianggap lebih menarik dan senang diingati. “Sebetulnya nama pada kad pengenalan Kris Dayanti. Tapi saya banyak kerjasama dengan jenama