Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisdayanti pernah terima RM5 sekali persembahan

    Penyanyi Krisdayanti mendedahkan pernah menerima bayaran sebanyak RM5 untuk satu persembahan ketika di awal kemunculannya dalam industri muzik suatu ketika dahulu.

    Krisdayanti berkata, meskipun bayaran tersebut diterima ketika mengadakan persembahan di Pasar Baru, Jakarta Utara pada 1984 itu tidak setimpal namun dia tetap menerimanya.

    Kata penyanyi lagu Menghitung Hari ini, bayaran diberikan tidak mematahkan semangatnya untuk mencipta nama dan penghinaan itu ternyata berbaloi. “Itu kisah lama, pertama kali menyanyi saya hanya dibayar Rp15,000 tetapi saya tetap teruskan sehinggalah tawaran diberikan mencecah Rp2 juta (RM600) atau Rp7 juta (RM2,400),” katanya seperti dilaporkan Detik Hot.

    Pun begitu, Krisdayanti berkata, dia tetap bersyukur dengan bayaran diterima kerana ia membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk membuktikan diri sehingga mengecap kejayaan. Katanya, di Indonesia penyanyi boleh meletakkan harga yang tinggi sekiranya lagu nyanyian mereka mendapat sambutan pendengar.

    “Kalau dulu, lagu hit boleh terus naikkan harga bayaran yang tinggi tapi saya pilih menawarkan harga berpatutan,” katanya. – Agensi

    Kris Dayanti tak letak harga tinggi untuk peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda