YEREVAN, 26 April – Ketegangan politik Armenia semakin memburuk selepas bantahan terbaharu yang diadakan hari ini apabila pihak pembangkang menuduh parti pemerintah menolak untuk penyerahan kuasa susulan peletakan jawatan pemimpin veteran, Serzh Sarkisian.
Para pembantah bertepuk tangan, bersiul, memukul dram dan suasana yang dipenuhi dengan bunyi hon semasa perhimpunan yang menambahkan lagi lagi krisis politik yang membelenggu bekas republik Soviet.
Orang ramai menunjukkan tangan ke udara sebagai tanda keamanan dalam bantahan yang diketuai oleh penggubal undang-undang pembangkang, Nikol Pashinyan dan beberapa orang paderi menyertai perhimpunan yang jelas bagi mengelakkan perbalahan berlaku.
Diketuai oleh Pashinyan, beribu-ribu pembantah pada awalnya berarak menuju ke Yerevan bagi membantah keengganan Parti Republikan untuk menyerahkan kuasa selepas pemimpin dan mantan presiden Sarkisian meletak jawatan pada Isnin lalu daripada jawatan baharu perdana menteri.
Pashinyan dilihat memakai pakaian kegemarannya apabila para pembantah melaungkan ‘Nikol jadi perdana menteri’ dan ‘Kami merupakan tuan kepada negara ini’.
Penganalisis politik, Stepan Grigoryan yang menyertai perhimpunan itu berkata ini merupakan situasi tegang, menyifatkan sistem pada masa ini adalah ‘jenayah’.

“Kepala (pemimpin) sudah disingkirkan,” katanya merujuk kepada peletakan jawatan Sarkisian, “tetapi badannya (parti republikan) masih kekal dan ia perlu disingkirkan.”
Dalam langkah yang mengejutkan, Sarkisian yang berkhidmat sebagai presiden selama sedekad, mengundur diri sebagai perdana menteri seminggu selepas dilantik oleh parlimen susulan bantahan yang berlangsung selama beberapa hari yang menuduhnya sebagai gila kuasa.
Pashinyan merupakan pemimpin Parti Kontrak Awam akan mengadakan perbincangan bersama pemangku ketua kerajaan, Karen Karapetyan untuk membincangkan mengenai penyerahan kuasa dengan aman. Tetapi perundingan itu dibatalkan pada lewat Selasa. – AFP