CARACAS – Dengan telefon bimbit ditangannya, Jonathan Figueroa duduk di depan pintu rumahnya dalam usaha terdesak untuk mendapatkan isyarat Wifi bagi memuat turun kerja sekolah. Dilanda wabak dan kejatuhan ekonomi, generasi hilang anak-anak sekolah Venezuela mempunyai sedikit peluang untuk berhubung secara berkala dalam kelas secara talian memandangkan liputan internet yang tidak stabil di negara itu.