Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisis Libya: Perancis kena tempias

    ROM, 4 Sept – Perancis sebahagiannya dipersalahkan atas krisis yang berlaku di Libya, kata Menteri Pertahanan Itali Elisabetta Trenta semalam, mengetepikan campur tangan tentera Itali di sana.

    “Pada pendapat saya, Perancis mempunyai tanggungjawab,” tulis menteri di Facebook, mengingatkan tentang campur tangan tentera oleh Perancis pada 2011 dan negara lain ke atas rejim pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

    “Tidak dapat dinafikan sekarang bahawa negara ini (Libya) mendapati dirinya berada dalam situasi ini disebabkan seseorang pada tahun 2011, mengutamakan kepentingannya sendiri berbanding rakyat Libya dan Eropah sendiri,” kata menteri. “Perancis, pada pandangan saya, sebahagiannya patut dipersalahkan,” tambah Trenta. Sebelumnya, speaker parlimen Itali Roberto Fico menggelar situasi di Libya “satu masalah serius di mana Perancis telah meninggalkan kami.”

    Trenta berkata adalah perlu untuk bergerak ke depan “bersama-sama” untuk menjamin perdamaian di Libya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda