Friday, April 25, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisis makanan, rakyat Uganda terpaksa bunuh bangau

    NGENGE, 24 APRIL – Penduduk Uganda pada masa ini sedang mengalami krisis kekurangan makanan yang teruk sehingga terpaksa menggunakan racun untuk membunuh ribuan burung bangau putih yang sedang berhijrah serta burung-burung dilindungi lainnya.

    Di Ayoreri, sebuah kampung di sempadan Kenya, Sam Chekwoi, 42 tahun, berkata hujan dan kemarau yang tidak menentu telah menyukarkan dirinya untuk
    memberi makan kepada dua isterinya dan juga 11 anak.

    “Saya dulu bertani, tapi matahari telah memusnahkan tanaman saya. Itulah masa saya mula menangkap burung-burung itu untuk saya beri makan kepada anak-anak dan diri saya,” katanya.

    Beliau turut menunjukkan kepada AFP bagaimana penduduk tempatan memburu burung-burung tersebut.

    Mula-mula mereka akan menangkap seekor tikus dan membunuhnya, kemudian menuangkan campuran alkohol dan racun tikus ke dalam mulut tikus tersebut dan meletakkannya di padang agar burung memakannya.

    Burung-burung akan menyambar umpan itu dan mula terasa kesan daripada racun tersebut. Burung-burung itu tidak akan mampu untuk terbang jauh, penduduk kampung akan mengejar lalu membunuh binatang tersebut.

    Aktiviti ini berisiko dikenakan denda berat, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain.

    Joel Cherop, 45, seorang petani dan pencinta alam sekitar, membesar di kawasan itu yang kini sedang cuba untuk menghentikan perkara tersebut.

    Beliau menganggarkan sekitar 3,000 burung bangau putih telah dimakan oleh penduduk kampung sejak awal tahun ini, sejak musim penghijrahan bermula. – AFP

    Tag dari beberapa burung migrasi yang berasal dari Poland dan Budapest, di kampung Ayoreri, Daerah Kween, pada 17 April. -AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda