Krisis Myanmar: PBB perlu bertindak segera

BANGKOK, 13 APRIL – Majlis Penasihat Khas untuk Myanmar (SAC-M), sebuah kumpulan hak asasi manusia mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera bertindak untuk menghentikan pertumpahan darah di negara itu.

Desakan itu ekoran kematian sekurang-kurangnya 82 orang semasa tentera mengepung bandar Bago, kira-kira 70 kilometer di timur laut Yangon, pada Jumaat.

Pengasas SAC-M Chris Sidoti berkata Myanmar kini diselubungi ketakutan dan huru-hara.

“Setiausaha Agung (Antonio Guterres) mesti menggunakan semua kuasa yang ada untuk mencari jalan menghentikan pembunuhan itu,” kata bekas anggota  Misi Pencari Fakta Antarabangsa Bebas PBB di Myanmar dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Yanghee Lee bekas Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar berkata junta sedang melakukan pembunuhan, membunuh rakyat yang sepatutnya dilindungi. – Bernama

Kanak-kanak dan penunjuk perasaan antikudeta membawa bunga dan daun meraikan festival Thingyan. Aktivis turut menganjurkan boikot sambutan festival tahun baharu itu. –AP