Thursday, March 13, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kristal Astro rombak pakej langganan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN – Pengendali perkhidmatan TV berbayar, Kristal-Astro mengumumkan rangkaian Phoenix CH 358 dan Phoenix Info News CH 323 tidak lagi didapati di Brunei dan Malaysia di samping Sky News HD CH 514 yang akan menghentikan penyiarannya di Kristal Astro mulai 1 Julai 2020.

    Dalam usaha berterusan untuk memenuhi keperluan hiburan TV, Kristal-Astro juga merombak barisan pakej Family, Sapphire, Ruby, Jade dan memperkenalkan semula piliha pakej lebih sesuai atau relevan dengan pelanggan.

    Rombakan pakej mulai Julai itu, akan bermula dengan pelanggan kotak Legacy (Definisi Standard). Pek permulaan, dikenali sebagai Family Santai akan menggabungkan 13 saluran berdasarkan kegemaran tempatan.

    Pelanggan juga dapat memilih Family Santai Plus yang memberikan akses kepada 26 saluran yang pelbagai, sementara peminat sukan boleh memilih untuk menambah pakej Sport ke dalam langganan mereka termasuk saluran yang menampilkan semua liputan sukan terbesar.

    Pencinta TV dengan langganan Kristal Astro HD kini dapat mempunyai fleksibiliti yang lebih meluas dalam mendapatkan apa yang mereka mahukan.

    Daripada hanya tawaran pek tetap, pelanggan kini dapat menyesuaikan pakej TV Kristal Astro mereka dengan hiburan dan sukan yang premium.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda