Selepas tiga tahun menjalinkan hubu-ngan cinta, pelakon Kristin Chenoweth kini sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Josh Bryant.
Memetik laporan Hollywoodlife, Kristin Chenoweth meluahkan rasa gembira apabila menerima lamaran daripada Josh ketika di New York City pada Rabu lalu.
Kristin pertama kali berkongsi berita gembira itu ketika ditemu bual oleh Vogue pada Jumaat.
Malah, Kristin turut mengumumkan pertunangan mereka menerusi Instagram dengan kapsyen romantik pada Sabtu.
“Nampaknya awak akan bersama saya. Saya sayang awak dan tidak akan pernah meninggalkan awak. Berjuta kali setuju!” tulisnya. – Agensi
