Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Kroos harap Sepanyol tewas

    BERLIN, 4 JULAI – Pemain sensasi Jerman, Toni Kroos berharap perlawanan seterusnya bukan yang terakhir baginya.

    Jerman dan Sepanyol akan bertembung di Kejohanan Eropah esok, di mana pemenang akan mara ke separuh akhir.

    Kroos akan menamatkan kariernya selepas perlawanan terakhir Jerman di Euro 2024. Dia berharap ia akan menjadi perlawanan akhir di Olympiastadion Berlin.

    Namun dia tahu ia mungkin akan berlaku esok jika Sepanyol menumpaskan negara tuan rumah di Stuttgart.

    “Saya tidak sama sekali beremosi,” kata Kroos kelmarin pada sidang media yang mungkin kali terakhirnya sebagai pemain.

    Tambahnya, “Saya tidak mengandaikan Sepanyol akan menjadi perlawanan terakhir. Jadi, saya rasa kita semua boleh berharap untuk berjumpa lagi.”

    Kroos telah memainkan peranan penting dalam memulihkan kesuraman pra kejohanan yang menyelubungi pasukan Jerman dan mengubahnya kepada keyakinan bahawa tuan rumah boleh meneruskan untuk memenangi Euro 2024.

    Ia akan menjadi satu pengiktirafan yang sesuai untuk pemain yang telah mengakhiri kerjaya bersama kelab Real Madrid yang telah memenangi Liga Juara-juara dan liga Sepanyol.

    “Agak sukar untuk merancang kejuaraan Kejohanan Eropah tetapi sudah tentunya kami menjadikannya sebagai matlamat untuk dicapai,” kata Kroos. – AP

    Kroos semasa melakukan sepakan percuma dalam perlawanan menentang Denmark di Dortmund pada 29 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...