BELGRADE, 31 Dis – Bekas pemain pertahanan Mladen Krstajic (gambar) akan menjadi jurulatih Serbia untuk Piala Dunia Rusia tahun depan, Persatuan Bola Sepak Serbia (FSS) memaklumkan tempoh hari.
“Kami yakin Krstajic mampu membawa pasukan untuk bersaing di Piala Dunia Rusia,” kata Goran Bunjevcevic, menurut agensi Tanjug.
Belum ada maklumat penuh mengenai kontrak jurulatih berusia 43 tahun itu. Dia akan didedahkan secara rasmi pada bulan Januari nanti, tambah petugas FSS.
Krstajic dilantik menjadi pengganti untuk Slavoljub Muslin pada Oktober lalu di mana Serbia mengakhiri kempen kelayakan Piala Dunia dengan jayanya.
Krstajic beraksi untuk Partizan Belgrade dan menghabiskan masa di Jerman dengan kelab Werder Bremen dan Schalke.
Muslin mengambil alih tugas pada Mei tahun lepas untuk menggantikan Radovan Curcic selepas aksi hambar yang dipamerkan Serbia dalam usaha untuk layak ke Euro 2016.
Dia membantu Serbia untuk menduduki tempat pertama dalam kelayakan Eropah Kumpulan D mengatasi Republik Ireland, Wales dan Austria.
Serbia, tidak layak untuk menempah slot pertandingan terbesar sejak Piala Dunia 2010,
akan berdepan Brazil, Switzerland dan Costa Rica dalam Kumpulan E di Rusia. – AFP