Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kru Lufthansa mogok 27 Julai

    FRANKFURT, 25 JULAI – Syarikat penerbangan Jerman Lufthansa sedang bersedia untuk berdepan krisis perjalanan ketika kesatuan Verdi meminta kru darat mengadakan mogok pada Rabu disebabkan perbalahan mengenai gaji.

    Mogok dari 0145 GMT Rabu sehingga 0400 GMT pada Khamis akan mengakibatkan ‘pembatalan dan penangguhan penerbangan,’ Verdi mengingatkan hari ini. Mogok di salah satu penerbangan terbesar Eropah memburukkan musim panas di lapangan terbang di seluruh benua ketika pelonggaran sekatan koronavirus telah merangsang permintaan pelancongan, tetapi masalah kekurangan kakitangan telah menyebabkan penumpang bergelut dengan gangguan penerbangan, barisan panjang dan bagasi hilang.

    Lufthansa telah pun membatalkan kira-kira 6,000 penerbangan pada musim panas ini untuk mengatasi krisis berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda