Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama

    BEIJING, 29 MEI – Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama kelmarin, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

    Tiga angkasawan iaitu Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu bekerjasama untuk menjalankan misi di stesen angkasa lepas, termasuk pemasangan peranti perlindungan serpihan angkasa dan pemeriksaan terhadap kelengkapan di luar kabin.

    Misi mereka selama lapan setengah jam itu dijayakan dengan sokongan lengan robotik dan ahli penyelidik dari bumi.

    EVA itu selesai pada jam 6:58 petang Selasa waktu Beijing.

    Menurut CMSA, Ye Guangfu dan Li Guangsu telah selamat kembali ke modul eksperimen Wentian.

    Ini juga merupakan EVA kali kedua bagi Ye dan kali pertama bagi Li. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...