Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kru Shenzhou-19 dijangka lancar misi ke angkasa lepas

    BEIJING, 29 OKT – Angkasawan Cai Xuzhe, Song Lingdong dan Wang Haoze akan menjalankan misi penerbangan kapal angkasa lepas Shenzhou-19, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) pada sidang media, hari ini.

    Kapal angkasa lepas Shenzhou-19 akan dilancarkan pada 4:27 pagi, 30 Oktober (waktu Beijing) dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.

    Antara tiga angkasawan itu, Cai Xuzhe yang pernah menjalankan misi Shenzhou-14 pada 2022 akan menjadi ketua kru itu. Song Lingdong dan Wang Haoze yang dilahirkan pada 1990an adalah kali pertama menjalanlan misi di angkasa lepas.

    Sebelum menjadi angkasawan, Song adalah juruterbang tentera udara, sementara Wang ialah jurutera kanan yang berkhidmat di Akademi Teknologi Pendorongan Aeroangkasa di bawah Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa China.

    Misi Shenzhou-19 adalah misi ke-4 bagi stesen angkasa lepas China pada peringkat aplikasi dan pembangunan, dan juga misi penerbangan kali ke-33 projek penerbangan angkasa lepas bermanusia China.

    Ketiga-tiga angkasawan Shenzhou-19 dijadual kembali ke tapak pendaratan Dongfeng di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada penghujung April atau awal Mei tahun depan, menurut CMSA. – Bernama

    (Dari kiri) Angkasawan Wang Haoze, Cai Xuzhe dan Song Lingdong menghadiri sidang akhbar sehari sebelum misi Shenzhou-19 di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Gobi, China pada 29 Oktober. – AFP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda