Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kru SpaceX berlepas ke ISS

    CAPE CANAVERAL, 2 MAC – Roket SpaceX, Falcon 9 membawa empat angkasawan termasuk Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), hari ini.

    Mereka terdiri daripada dua angkasawan NASA, iaitu Stephen Bowen dan Warren Hoburg, manakala seorang dari Rusia, Andrey Fedyaev serta warga UAE, Sultan al-Neyadi masing-masing dijadual menghabiskan masa selama enam bulan di stesen orbit.

    Keempat-empat mereka yang menyertai misi SpaceX Dragon Crew-6 itu berlepas dari Kompleks Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada jam 12:34 pagi dengan pelancaran disiarkan secara langsung.

    Kru kapsul The Dragon yang dikenali sebagai Endavour itu dijadual berlabuh di ISS pada jam 1:17 pagi esok, selepas menempuh perjalanan selama 24 jam.

    Misi itu adalah penerbangan ke angkasa lepas yang pertama bagi al-Neyadi bersama dua lagi angkasawan, masing-masing pakar misi Rusia, Andrey dan juruterbang Endeavour, Warren.

    Namun, al-Neyadi, 41, muncul sebagai angkasawan kedua dari UAE yang mengembara ke angkasa, selepas rakan senegaranya, Hazzaa al-Mansoori menyertai misi selama lapan hari pada 2019.

    Pelancaran yang asalnya dijadual berlangsung Isnin lalu, ditangguhkan hanya beberapa minit sebelum ia berlepas ekoran penapis yang membekalkan cecair pencucuh untuk menghidupkan enjin roket, tersumbat.

    Pentadbir NASA, Bill Nelson menerusi kenyataan, mengucapkan tahniah kepada pasukan agensi itu dan SpaceX sempena satu lagi misi ke ISS. – AFP

    Roket SpaceX Falcon 9 dengan kapal angkasa Crew Dragon berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida awal kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...