Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KSSUP bertahlil di kubah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Seramai 250 orang pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah menghadiri majlis membaca Surah Yasin dan tahlil di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Majlis berkenaan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Rombongan KSSUP ke majlis tersebut diketuai oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Pemantau Zon 2, Masjid Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohd Amin bin Haji Salim.

    Majlis berkenaan merupakan aktiviti keagamaan tahunan yang dikendalikan oleh KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya bersempena bulan Ramadan sebagai antara usaha bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap di KSSUP, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bersama warga KSSUP menghadiri majlis tahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda