Oleh Sim Y.H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Dalam merangka hala tuju pembangunan industri makanan dan mengukuhkan sekuriti makanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah mengenal pasti enam komoditi utama iaitu beras, ayam, telur ayam, daging, sayur-sayuran dan ikan. Peningkatan pengeluarannya diharapkan dapat memperkukuh sara diri makanan negara, mengurangkan kebergantungan import, menstabilkan