Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KSSUP laksana ibadah korban

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) serta jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Ibadah Korban yang diadakan di Dewan Setia Pahlawan KSSUP.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pengagihan daging-daging korban ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Tiga ekor kerbau telah dikorbankan hasil penyertaan 15 orang peserta dan dagingnya diagihkan kepada 80 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis tahunan itu diadakan bagi menzahirkan tanda bersyukur atas segala nikmat dan limpah kurnia yang diberikan dengan membelanjakan harta dengan sebaik-baiknya ke jalan yang diredai oleh Allah SWT.

    Turut menyerikan majlis berkenaan adalah ceramah khas bertajuk Kemanisan dalam Pengorbanan yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Nasyith bin Suferi.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan; pegawai dan kakitangan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf ketika menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Hajah Tutiyaty menyampaikan agihan daging korban kepada penerima. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda