Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KSSUP, LCB komited sokong kerjaya masa depan pelajar

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Jabatan Kemajuan Pelancongan di bawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) telah mengadakan ceramah Laluan Kerjaya untuk pelajar-pelajar pelancongan, hospitaliti dan kulinari, hari ini.

    Dihadiri oleh kira-kira 50 hingga 80 pelajar, ceramah berkenaan menyediakan para pelajar dengan pandangan berharga, pengetahuan industri dan peluang rangkaian untuk membantu membentuk perjalanan dan kerjaya mereka.

    Tujuannya adalah untuk mendidik dan menyedarkan para pelajar tentang kerjaya yang ada dan laluan untuk mereka apabila menamatkan pengajian di LCB.

    Ceramah mengetengahkan laluan kerjaya dalam industri pelancongan, hospitaliti dan kulinari di Brunei Darussalam dengan ceramah disampaikan oleh pakar-pakar dari Jabatan Pelancongan, Hotel Raddison, Travelhub Tours and Travel dan Royal Brunei Culinary (RBC).

    Selain itu, ia adalah inisiatif LCB dengan kerjasama KSSUP dalam mencapai Wawasan Brunei 2035 dari segi kepelbagaian ekonomi dan menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi.

    LCB komited untuk menyediakan para pelajar dengan sumber dan sokongan yang diperlukan untuk membuat keputusan termaklum tentang kerjaya masa depan mereka.

    Selain itu, ceramah sejajar dengan misi mereka untuk memupuk perkembangan pendidikan dan profesional di luar dewan kuliah.

    Antar pelajar-pelajar yang hadir. – GAMBAR SERAHAN LCB
    GAMBAR SERAHAN LCB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda