Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KT ABDB sahut cabaran rentas desa

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 28 NOV – Lebih 250 ahli Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB) telah menyahut cabaran menerusi acara Kejohanan Rentas Desa KT ABDB 2023 di Taman Rekreasi Sungai Basong, Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri. Turut hadir ialah Pegawai Memerintah KT ABDB beserta warga KT ABDB.

    Acara tersebut menyaksikan dua kategori utama dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita, dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Berpasukan dan Kategori Perseorangan.

    Kejohanan berkenaan telah menyaksikan peserta-peserta diuji ketahanan fizikal dan mental dengan mengharungi kawasan bukit-bukau dan jalan raya di sekitar kawasan taman rekreasi tersebut bagi sama-sama menggalakkan semangat kesukanan sekaligus memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan ahli dan warga kadet.

    Kejohanan berakhir dengan johan keseluruhan bagi Kategori Berpasukan Lelaki disandang oleh Kadet Tentera Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien; manakala Kadet Tentera Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong telah memenangi tempat kedua manakala Kadet Tentera Sekolah Menengah Masin di tempat ketiga.

    Johan bagi Kategori Berpasukan Wanita pula juga disandang oleh Kadet Tentera Sekolah Menengah Tanjung Maya Tutong; di tempat kedua pula adalah Kadet Tentera Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri; sementara Kadet Tentera Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna menduduki tempat ketiga.

    Antara ahli KT ABDB semasa mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut di Taman Rekreasi Sungai Basong, Daerah Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KT ABDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...