Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    KTK 2024 berakhir 21 Julai ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Penyenaraian Tempat Kediaman (Houselisting) yang dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan berakhir pada 21 Julai ini.

    Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2024 dijalankan di bawah Akta Perangkaan, Penggal 81 dari Undang-Undang Negara Brunei Darussalam.

    JPES dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, memberikan jaminan kepada semua keluarga atau isi rumah terpilih yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut bahawa maklumat yang dikumpulkan akan disimpan sulit dan akan digunakan bagi keperluan perangkaan sahaja.

    Menurut Seksyen 9 Akta Perangkaan, kegagalan atau keengganan untuk memberikan maklumat yang diperlukan atau memberikan maklumat palsu adalah menjadi satu kesalahan yang membawa hukuman denda sebanyak $4,000.

    Justeru, sokongan dan kerjasama semua keluarga atau isi rumah terpilih semasa Houselisting adalah sangat diharapkan bagi sama-sama menjayakan kajian berkenaan.

    Sebarang pertanyaan mengenai Houselisting bolehlah dirujuk ke JPES dengan menghubungi telefon di 7469844 pada waktu pejabat; e-mel di info.statistics@jpes.gov.bn; atau melayari laman sesawang deps.mofe.gov.bn

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda