Friday, January 31, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuala Lumpur anjur Enlit Asia 2024

    JAKARTA, 16 NOV – Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada persidangan Enlit Asia 2024 untuk sektor kuasa serta tenaga mulai 8 hingga 10 Oktober tahun depan, kata Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

    Acara tahunan itu, yang dianjurkan oleh Clarion Event Pte Ltd, dijangka menarik 12,000 pelawat dari lebih 50 negara, menjana anggaran impak ekonomi sebanyak RM134.6 juta dan RM8.2 juta dalam perbelanjaan pelawat, kata agensi itu melalui satu kenyataan.

    Mengambil alih dari Indonesia, majlis penyerahan itu diadakan hari ini di sini sebagai melambangkan perkongsian kejayaan berterusan antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang acara perniagaan, katanya.

    Enlit Asia yang disokong kuat oleh MyCEB, akan menggabungkan dua acara dalam sektor kuasa serta tenaga iaitu Powergen Asia dan Asian Utility Week, kedua-duanya diiktiraf sebagai penyuluh inovasi dan kerjasama dalam industri. – Bernama

    Gambar BusinessToday
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda