Friday, November 29, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuala Lumpur destinasi kegemaran Dua Lipa

    Penyanyi antarabangsa Dua Lipa mendedahkan Kuala Lumpur sebagai destinasi paling menarik pernah dikunjunginya sepanjang menjejalah dunia sebelum ini.

    Lipa, 28, berkata, dalam banyak-banyak negara yang pernah dilawati, dia memilih Kuala Lumpur sebagai antara bandar kesukaannya.

    “Banyak tempat yang pernah saya kunjungi, tetapi saya sangat suka Kuala Lumpur. Saya melawat kuil-kuil yang menakjubkan di sana.

    “Saya rasa setiap kali saya ke negara Asia, ia adalah antara pengalaman yang paling menarik,” katanya.

    Lipa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok sewaktu penyanyi berkenaan menjawab soalan diberikan peminat.

    Menjengah ruang komen, rata-rata peminat terkejut dan tidak menyangka penyanyi lagu New Rules itu menyebut Kuala Lumpur sebagai destinasi kegemarannya.

    “Saya menjerit kerana tidak menyangka dengan jawapan diberikan. Kuala Lumpur mendunia!,” komen warganet.

    Lipa pernah hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert The Self-Titled Tour di KL Live pada 3 Mei 2018.

    Sebelum itu juga, penyanyi berkenaan pernah mengadakan persembahan di Good Vibes Festival di The Ranch @ Gohtong Jaya, Genting Highlands pada 2017.

    Untuk rekod, Dua Lipa popular menerusi beberapa buah lagu termasuk Levitating, One Kiss, IDGAF dan Kiss and Make Up. – Agensi

    Dua Lipa mengakui Kuala Lumpur sebagai bandar paling menarik. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda