Sunday, January 26, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kualiti udara di Laos capai tahap tidak sihat

    VIENTIANE, 24 JAN – Pencemaran udara kini menjejaskan bandar-bandar di seluruh Laos, dengan partikel halus PM 2.5 mencapai tahap tidak sihat, menurut laporan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini.

    Indeks kualiti udara di bandar Vientiane mencatatkan tahap sangat tidak sihat, dengan kepekatan PM2.5 mencapai 152 mikrogram per meter padu, jauh melebihi had keselamatan 50 mikrogram, menurut laporan tersebut.

    Beberapa wilayah seperti Vientiane, Bolikhamxay dan Attapeu juga mencatatkan tahap tidak sihat, dengan kepekatan PM2.5 melebihi 96 mikrogram.

    PM2.5, mikrozarah yang menyebabkan jerebu, adalah pencemar udara yang mengandungi partikel bersaiz kurang daripada 2.5 mikrometer. Zarah itu boleh memasuki paru-paru dan saluran darah, membawa kepada penyakit pernafasan serta kardiovaskular. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda