KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Kualiti udara di beberapa bahagian Malaysia termasuk ibu negara, Kuala Lumpur telah menurun ke tahap tidak sihat, menurut data kerajaan hari ini.
Bahagian-bahagian yang paling teruk terjejas termasuk negeri Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 151, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia yang diuruskan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Mengikut penarafan kualiti udara negara itu, bacaan IPU sifar hingga 50 adalah ‘baik’, 51 hingga 100 ‘sederhana’, 101 hingga 200 ‘tidak sihat’, 201 hingga 300 ‘sangat tidak sihat’, dan 301 dan ke atas adalah ‘berbahaya’.
Beberapa negara di rantau ini telah merekodkan kualiti udara tidak sihat sejak beberapa hari kebelakangan ini dengan Pusat Meteorologi Khas ASEAN menunjukkan kepekatan titik panas di Semenanjung Indochina. – Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P10-2Jerebu_18042023.jpg)