Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuarantin di hotel kawalan terbaik penularan COVID-19

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Sejak gelombang kedua penularan COVID-19 dikesan pada awal Ogos lalu, sebanyak 50 kes import telah dilaporkan di negara ini.

    Lazimnya, mereka yang pulang dari luar negara akan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di perhotelan di negara ini di mana ia adalah pengawalan yang terbaik.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata sedemikian bagi menjawab cadangan supaya mereka yang baru pulang dari luar negara untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah. Pada sidang media yang diadakan di Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato berkata, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, mereka yang disahkan positif COVID-19 dibolehkan menjalani tempoh kuarantin di rumah.

    Ini disebabkan pusat kuarantin hampir penuh, yang mana pusat kuarantin akan dikhaskan bagi kediaman mereka tidak sesuai untuk menjalani tempoh kuarantin.

    “Walaupun sebaiknya mereka ditempatkan di pusat kuarantin untuk memudahkan pihak kementerian mengawal dengan baik selain memastikan mereka tidak bergaul dengan orang lain, disebabkan pada masa ini, tahap pengisian pusat ini telah mencapai ke maksimum dan kesesuaian untuk menjalani kuarantin di rumah itu adalah dibenarkan,” tambahnya.

    Beliau seterusnya menekankan bahawa pada masa ini adalah lebih baik memberikan tumpuan kepada pengawalan penularan wabak dalam kalangan komuniti. “Untuk mereka yang baru pulang dari luar negara adalah lebih baik untuk menjalani tempoh kuarantin mereka di hotel,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda