Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuarantin di rumah sendiri tidak dibenarkan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Memandangkan penilaian jangkitan varian Omicron didapati pada tahap yang serius pada masa kini, maka masyarakat di negara ini tidak lagi dibenarkan untuk menjalani tempoh kuarantin atau pengasingan di kediaman masing-masing.

    Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa menjawab persoalan mengenai kebenaran menjalani tempoh kuarantin atau pengasingan di kediaman persendirian setelah melihat situasi jangkitan varian Omicron sewaktu menyertai sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Pada masa ini, kita masih meneliti dan memantau situasi COVID-19 dan adalah tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah pada ketika ini,” tekan Yang Berhormat Dato lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda