Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuarters pekerja musnah dalam kebakaran di Labuan

    LABUAN, 24 JUN – Sebuah kuarters pekerja musnah dijilat api dalam kejadian di Taman Merinding, di sini awal pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata kebakaran yang berlaku kira-kira 3 pagi itu memusnahkan lapan bilik dan sebuah motosikal Honda, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    “Api merebak dengan cepat berikutan struktur rumah diperbuat daripada kayu. Anggota bomba bertindak segera dan kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 4 pagi,” katanya.

    Beliau berkata punca kebakaran sedang disiasat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda