Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuasa antarabangsa terkejut tindakan rampasan kuasa

    CARACAS, 31 Mac – Kuasa-kuasa antarabangsa menyuarakan rasa terkejut semalam dengan tindakan Mahkamah Tertinggi Venezuela untuk merampas kuasa dari badan perundangan yang diketuai pihak pembangkang, dalam apa yang secara meluas disifatkan sebagai menyamai dengan rampasan kuasa.

    Tindakan mahkamah itu mengetatkan cengkaman kuasa Presiden sosialis, Nicolas Maduro, selepas lebih setahun beliau terlibat dalam pergelutan politik dengan pihak pembangkang berhaluan sederhana.

    Para pengkritik berkata itu adalah langkah autoritarian bagi pengeluar terbesar minyak di Amerika Selatan itu, yang mana krisis ekonomi telah mengakibatkan kekurangan makanan, rusuhan dan epidemik jenayah ganas.

    Krisis itu telah menimbulkan kebimbangan tentang kestabilan di Venezuela, yang telah melalui tiga cubaan rampasan kuasa ketenteraan sejak 1992.

    Jabatan Negara AS menyifatkan tindakan mahkamah ‘halangan serius bagi demokrasi’. Kuasa-kuasa serantau, Brazil, Mexico, Argentina, Peru, Chile dan yang lain juga memberi amaran itu adalah ancaman ke atas demokrasi di Venezuela.

    Para pegawai Pengawal Kebangsaan Venezuela cuba untuk menahan seorang wanita semasa bantahan di luar Mahkamah Agung di Caracas pada 31 Mac. – AP
    Para pegawai Pengawal Kebangsaan Venezuela cuba untuk menahan seorang wanita semasa bantahan di luar Mahkamah Agung di Caracas pada 31 Mac. – AP

    Guatemala juga menyelar tindakan mahkamah itu. Tetapi Bolivia yang diterajui kerajaan berhaluan kiri mempertahankan Maduro.

    Kementerian luar Brazil berkata itu adalah ‘ia jelas menyimpang dari aturan perlembagaan.”

    Namun pendirian paling keras adalah dari setiausaha agung Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS), Luis Almagro, yang mengulangi dakwaan ‘coup d’etat’ dalaman oleh para penentang Maduro. Maduro belum lagi mengulas secara terbuka tentang hal ini.

    Para ahli undangan yang membantah bergelut dengan polis rusuhan di luar mahkamah. Kumpulan pembangkang telah menyeru bagi diadakan bantahan jalanan lebih luas esok. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda