Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuasa elektrik di Cuba berjaya dipulihkan

    HAVANA, 12 SEPT – Kuasa elektrik telah berjaya dipulihkan di seluruh Cuba kelmarin, kata syarikat elektrik negara itu, selepas gangguan di seluruh pulau yang berlangsung selama hampir 24 jam iaitu kali kelima dalam tempoh kurang setahun.

    Selepas pertama kali mengumumkan, kuasa telah kembali di 11 daripada 15 wilayah negara pada pagi kelmarin, kerajaan berkata grid elektrik sepenuhnya berfungsi semula menjelang tengah hari.

    “Sistem Elektrik Nasional (SEN) kini telah dipulihkan,” umum kementerian tenaga di X.
    Gangguan elektrik itu mengejutkan rakyat Cuba pada pagi Rabu, selepas ramai sudah berangkat ke tempat kerja atau menghantar anak-anak ke sekolah.

    Negara dengan hampir 10 juta penduduk itu telah mengalami gangguan elektrik yang berlangsung selama berjam-jam dalam beberapa tahun kebelakangan ini serta kerosakan berulang pada sistem elektrik dan kekurangan bahan bakar yang teruk untuk menggerakkan penjana kuasa.

    Gangguan tersebut telah menjejaskan aktiviti komersial ketika pulau itu bergelut sedang bergelut dengan krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad.

    Negara tersebut masih bergantung pada lapan loji termal yang sudah usang, kebanyakan daripadanya beroperasi sejak tahun 1980an dan 1990an dan mudah mengalami kerosakan.

    Di bawah sekatan perdagangan Amerika Syarikat sejak 1960an, negara itu juga menggunakan loji elektrik terapung yang disewa daripada syarikat Turkiye, serta penjana yang dikuasakan minyak mentah yang Cuba sedang berjuang untuk membayarnya.

    Kementerian Tenaga berkata, isyarat terlalu panas palsu menyebabkan Loji Antonio Guiteras di tengah Cuba terhenti pada Rabu, sekali gus mencetuskan keruntuhan sistem elektrik nasional.

    Gangguan bekalan elektrik itu telah mendorong protes anti-kerajaan yang jarang berlaku kerana rakyat Cuba juga bergelut inflasi tinggi, kekurangan bahan bakar, ubat-ubatan dan makanan serta purata gaji bulanan kurang AS$20, sehingga mengakibatkan rakyat sukar untuk membeli barang-barang keperluan mereka. – AFP

    Suasana bandar Cuba semasa pemadaman elektrik di Havana pada 10 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda