Wednesday, February 26, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kuasa’ peristiwa merubah segalanya

    Oleh Raz AS

    DI DALAM buku The Power of Moments, penulis karya laris New York Times, Chip Heath meneroka mengenai bagaimana pengalaman yang singkat boleh memberikan kesan kepada diri kita dan seterusnya mengubah kita, serta bagaimana kita boleh belajar untuk menciptakan peristiwa hebat dalam kehidupan dan juga kerjaya kita.

    Meski kehidupan manusia sering berbeza antara satu sama yang lain, peristiwa positif dalam hidup kita kebanyakannya didominasi oleh empat elemen; peningkatan, wawasan, kebanggaan dan juga hubungan. Jika kita menerapkan elemen-elemen ini, kita boleh menciptakan lebih banyak peristiwa yang berharga.

    Bagaimanakah sekira seorang guru boleh mereka sistem pengajaran yang akan membolehkan pelajar-pelajarnya ingat kepada pelajarannya 20 tahun kemudian?

    Bagaimanakah sekiranya seorang pengurus mampu menciptakan pengalaman yang mampu menggembirakan pelanggan-pelanggannya?

    Dan bagaimanakah sekiranya anda mampu menciptakan memori-memori indah bersama anak-anak anda? Dengan itu buku ini akan membongkar misteri menarik mengenai pengalaman.

    Kenapa kita sering ingat kepada pengalaman terbaik dan terburuk serta yang terakhir sedangkan kita lupa kepada yang lainnya.

    Kenapa kita berasa selesa dengan sesuatu yang pasti akan tetapi merasa ‘hidup’ apabila berdepan dengan ketidakpastian dan kenapa memori berharga kita tertumpu pada waktu muda kita yang singkat.

    Pembaca akan menemukan bagaimana pengalaman yang sekejap sahaja boleh mengubah kehidupan, seperti melalui eksperimentasi di mana dua orang yang saling tidak mengenali bertemu di dalam sebuah bilik dan 45 minit kemudian mereka keluar menjadi sahabat yang baik. Apakah yang terjadi dalam masa yang singkat itu?

    Atau kisah mengenai jutawan wanita termuda yang mengatakan bahawa dia berusaha kuat kerana soalan yang diajukan oleh ayahnya semasa makan malam bersama keluarga. Apakah soalan yang diajukan tersebut?

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda