Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kuasai dahulu’ Bahasa Melayu

    Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai satu peristiwa dan insiden yang sering saya dengar sejak kebelakangan ini, saya ulangi, sering kali dengar.

    Saya suka mendengar malah menghargai tugasan di bilik berita yang spontan, konsisten dan tanpa jemu menyediakan skrip berita untuk dibaca oleh pembaca-pembaca berita. Bagi saya pembaca berita ini adalah satu tugasan yang dipandang tinggi oleh pendengar apatah lagi suara dan keterampilan mereka dianggap sebagai selebriti atau personaliti negara.

    Mereka dianggap sebagai cermin atau imej masyarakat Brunei yang sentiasa mengemaskinikan maklumat. Namun pernah terjadi insiden tidak lama dahulu di mana jika dikenang kembali boleh mengundang senyum namun ada juga yang malu.

    Insiden pertama, menyentuh mengenai perkataan Gibraltar, nama sebuah wilayah Great Britain yang terletak di Selatan Sepanyol. Setelah tiga hingga empat kali disebut, ia masih seolah-olah disebut sebagai Giblatar. Kemudian insiden kedua yang berkisar mengenai penggunaan banyak perkataan yang digubah dari bahasa Inggeris dan dibunyikan dalam bahasa Melayu, padahal terjemahan langsung ke bahasa Melayu ada dan boleh saja diperoleh di mana-mana naskhah Kamus Dewan. Contohnya interpretasi adalah tafsiran, inovasi adalah pembaharuan, isolasi adalah pengasingan, globalisasi adalah kesejagatan dan konsentrasi adalah tumpuan.

    Jika kita mengagungkan bahasa Melayu sebenar atau mahu menganjung mana-mana bahasa yang kita fikir boleh diguna pakai, kuasai bahasa itu dulu, lepas itu barulah bebas menyebut tanpa rasa bimbang dan khuatir. Renungkanlah. – Pangsura Sepi, Kuala Balai

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda