IPOH, 29 Dis – Kubu perlindungan bawah tanah dipercayai yang pertama dibina di negara oleh tentera British semasa Perang Dunia Kedua ditemukan di sini dua hari lepas.
Ketua Penyelidik Malaya Historical Group Shaharom Ahmad berkata berdasarkan penyelidikan awal, kubu berkeluasan 2.8 meter dan 2.8 meter persegi (30 kaki x 30 kaki) itu dibina sekitar tahun 1940 untuk memberi perlindungan kepada tentera British daripada serangan udara musuh.
“Sekiranya tentera Jepun menyerang pada masa itu, askar British akan berlindung dalam kubu ini yang boleh memuatkan 30 hingga 40 orang dalam satu-satu masa berdasarkan keluasan dan ketinggiannya.
“Penemuan ini amat penting kerana ini merupakan kubu perlindungan bawah tanah pertama yang ditemukan di Malaysia, kubu lain yang terdapat di kawasan lain adalah kubu pertahanan ataupun di atas tanah,” katanya. – Bernama