KUALA LUMPUR, 11 DIS – Pemain gentian, Arif Shaqirin Suhaimi muncil wira pasukan selepas membantu Kuala Lumpur City FC (KL City) membawa tiga mata selepas menewaskan Kuching City FC (KCFC) 3-2 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Negeri, Sarawak, kelmarin.
Bertandang ke tempat lawan, skuad Warga kota tidak menunggu lama sebelum mendahului pada minit ke-19 menerusi pemain kebangsaan Paulo Josue selepas menyempurnakan hantaran T Saravanan dengan percubaan meleret menewaskan penjaga gol tuan rumah, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.
Josue kemudian mengintai peluang sebelum berhasil menyumbang gol kedua KL City pada minit ke-41 sekali gus menghampakanWan Muhammad Azraie. KCFC, dibimbing Aidil Sharin Sahak, bagaimanapun berhasil memecah kebuntuan gol menerusi sepakan penalti penyerang import dari Liberia, Abu Kamara untuk menutup babak pertama dengan kedudukan 1-2.
Babak kedua, tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-72, namun gol tersebut tidak bertahan lama selepas Arif Syaqirin bangkit meledak gol kemenangan KL City pada minit ke-81. – Bernama