Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kucing daki gunung tertinggi New Hampshire

    NORTH CONWAY, 4 JULAI – Seekor kucing berjaya mendaki 48 gunung tertinggi di New Hampshire, menghabiskan sebahagian perjalanan mengamati pemandangan dari beg galas tuannya.

    Floki telah membesar dari anak kucing kepada kucing dewasa dalam tempoh sembilan bulan sejak ia dan tuan Mel Elam dari Utara Conway, memulakan perjalanan mereka untuk tiba ke kemuncak gunung setinggi 4,000 kaki.

    Terakhir dalam senarai mereka adalah Gunung Washington, kemuncak tertinggi di Northeast pada ketinggian 6,288 kaki, yang berjaya didaki oleh mereka Sabtu lalu.

    “Kami berjaya melakukannya!” kata Elam di media sosial. Beliau membabadkan ‘Pengembaraan bersama Floki’, dengan gambar dan video.

    Elam mengambil Floki dari sebuah pusat perlindungan tahun lalu selepas kehilangan satu lagi teman pengembaraan, anjingnya.

    Satu abah-abah dipasang pada Floki apabila ia berada dalam beg galas, dan tali cawak diikat padanya apabila ia berjalan-jalan di sepanjang denai. Dalam cuaca lebih sejuk, Floki memakai baju ves.

    Elam berkata dia dan Floki sedang menimbang menyertai ’52 With a View’, gunung di New Hampshire dengan ketinggian di bawah 4,000 kaki dan mempunyai panorama indah. – AP

    Gambar dikeluarkan Mel Elam menunjukkan kucingnya Floki, berehat di atas batu di Gunung Garfield, di Franconia, New Hampshire semasa mata hari terbenam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda