Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kucing hilang ditemui semula selepas dua bulan

    CALIFORNIA, 23 SEPT – Seekor kucing kelabu yang dinamakan Rayne Beau berjaya kembali ke pangkuan tuannya selepas dua bulan hilang di Taman Negara Yellowstone, Wyoming, dalam satu kejadian luar biasa yang melibatkan perjalanan ratusan kilometer ke California.

    Kucing bernama Rayne Beau itu turut dikenali sebagai rainbow, hilang ketika percutian keluarga Benny dan Susanne Anguiano di Yellowstone pada awal Jun lalu. Menurut Anguiano, Rayne Beau terkejut lalu melarikan diri ke hutan berdekatan sejurus tiba di Fishing Bridge RV Park. Walaupun usaha mencari dilakukan selama empat hari, mereka terpaksa pulang ke Salinas, California, dengan perasaan sedih namun penuh harapan.

    Pada bulan Ogos, pasangan tersebut menerima berita menggembirakan apabila sebuah syarikat mikrocip memaklumkan bahawa Rayne Beau telah ditemui di Roseville, California, hampir 1,448 kilometer dari lokasi ia hilang. Kucing tersebut telah dijumpai oleh seorang wanita yang memberinya makanan dan minuman sebelum membawanya ke Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) tempatan.

    Pasangan Anguiano segera memandu ke Roseville untuk mengambil Rayne Beau, yang ketika itu telah kehilangan berat badan sebanyak 6 paun.

    Namun, bagaimana kucing tersebut berjaya mengharungi perjalanan sejauh itu dalam tempoh dua bulan masih menjadi tanda tanya. – AP

    Rayne Beau, dilihat sedang makan makanan yang disediakan oleh Betts di Roseville, California, pada Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda