Sunday, May 4, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kucing hutan terancam di Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan 2014 – Kucing hutan (leopard cat atau Prionailurus Bengalensis) adalah salah satu daripada haiwan liar terancam yang boleh ditemui dalam hutan Negara Brunei Darussalam.

    Walaupun tersebar meluas di sekitar rantau Asia Tenggara, kewujudan mereka diancam oleh kehilangan habitat disebabkan pembangunan dan pemburuan.

    Sebuah kelab hidupan liar tempatan, 1Stopbrunei Wildlife melaporkan bahawa haiwan tersebut, walaupun jarang ditemui, telah dilihat di semua daerah di negara ini kecuali Daerah Brunei dan Muara.

    Menurut kelab berkenaan, terdapat kes di Brunei di mana kucing-kucing hutan dijual dengan harga $1,000 hingga $2,000 menerusi media sosial dan dipelihara sebagai binatang kesayangan.

    Kulit mereka yang cantik juga menjadikan mereka sasaran ke-pada pemburu.

    Terdapat 12 sub-spesies kucing hutan di mana kesemua mereka mempunyai bintik-bintik yang sama seperti harimau bintang.

    Ciri-ciri fizikal inilah yang memberikan mereka dipanggil dengan nama tersebut, walaupun mereka tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan harimau bintang sebenar.

    Mereka mempunyai saiz yang sama dengan kucing tempatan tetapi mempunyai ciri-ciri tersendiri disebabkan kaki mereka yang lebih kurus dan panjang serta selaput yang Iebih ketara di antara ibu Jari.

    Kelab tersebut adalah kelab yang berdaftar dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Universiti Brunei Darussalam. Mereka terbabit secara aktif dalam memelihara hidupan liar Brunei dan telah berjaya menyelamat banyak haiwan terancam termasuk kongkang, tenggiling dan kucing hutan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda