Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN – Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia.

    Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies Invasif dan Birdlife Australia, kucing peliharaan membunuh 323 juta haiwan asli setiap tahun. Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 241 juta pada 2020 selepas berlaku lonjakan pemilikan haiwan peliharaan semasa wabak koronavirus.

    Kira-kira satu pertiga daripada isi rumah Australia mempunyai kucing peliharaan dan separuh daripada mereka mempunyai dua atau lebih.

    Pengarang laporan itu menggesa warga Australia supaya mengambil tanggungjawab yang lebih besar terhadap haiwan peliharaan mereka memandangkan 71 peratus pemilik kucing masih membenarkan kucing mereka bebas berkeliaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...